Pemeliharaan Nyawa adalah Tuntutan Maqasid Shari’ah
Dr Musa Mohd Nordin
20 March 2021
Acap kali dunia Islam digoncang dengan berita yang boleh mengancam keyakinan ummat Islam terhadap vaksin COVID yang boleh menyelamat nyawa manusia. [1]
Di Malaysia sahaja terdapat 330 ribu kes COVID yang menyebabkan 1225 kematian (19 March 2021)
Dan angka dunia bagi kes COVID adalah sebanyak 123 juta dan 2.7 juta kematian. [2]
Apakah ini tidak cukup untuk meyakinkan kita bahawa setiap usaha untuk memelihara dan mencegah berlakunya kes dan kematian daripada penyakit COVID sepatutnya diraikan.
Tidakkah ini suatu usaha insan yang murni untuk menyahut panggilan Ilahi didalam Surah Al-Maidah, ayat 32?
Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia, maka seakan-akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia.
Bukankah jihad untuk memelihara nyawa manusia keutamaan kedua selepas memelihara agama didalam Maqasid Shari’ah (keutamaan Shari’ah) [3]
Lagipun isu penggunaan bahan haram didalam perubatan merupakan isu yang lapuk yang telah pun dikaji dan dirumus oleh ulama Islam yang tersohor didunia.
Semasa dunia memerangi pandemik polio, Majlis Fatwa dan Kajian Eropah (ECFR) yang dipengerusikan oleh Sheikh Yusuf al-Qaradawi, bersama lebih daripada 100 ulama terkemuka Islam telah pun membincangkan tentang pengunaan enzim Trypsin didalam pembuatan vaksin polio.
Berikut adalah rumusan daripada fatwa yang telah dikeluarkan oleh Majlis Fatwa dan Kajiaan Eropah:[4]
- Apa yang dilarang oleh ugama kita ialah pemakanan khinzir, dan enzim Trypsin tiada kena mengena dengan pemakanan khinzir
- Jika kita masih menganggap enzim Trypsin sebagai haram, ketahui bahawa, bahan enzim Tryspin yang digunakan untuk membuat vaksin teramat kecil. Dan jika kita guna pakai kaedah fiqh “2 qollah air boleh sucikan najis” maka sudah pasti enzim Trypsin ini telah pun suci dengan cecair didalam badan kita yang melebehi 2 qollah.
- Lagipun, enzim Trypsin ini telah pun ditapis dengan sepenuhnya dan tiada terdapat enzim Trypsin didalam vaksin yang dihasilkan
- Jika kesemua dalil ini tidak diterima, maka ketahui bahwa didalam keadaan darurat, bahan yang haram dibenarkan oleh Shari’ah agama kita.
Enzim Trypsin diguna untuk membelah protin kepada unit yang kecil. Ia juga mengaktifkan virus dan mengasingkannya dari cell kultur. Amat sedikit sahaja enzim Trypsin yang diguna pakai.
Ia diproses dengan sinar gamma supaya bersih
Selepas fungsinya tamat, ia ditapis sehingga tiada lagi terdapat didalam vaksin yang dijana.
Khinzir diplih kerana ia selamat daripada penyakit Transmissible Spongiform Encephalopathies (Cow Mad Disease) yang boleh menyebabkan jangkitan didalam otak manusia.
Majlis Fatwa dan Kajian Eropah juga menyeru kepada Majlis Fatwa yang lain dan juga ketua negara supaya lebih cermat didalam menangani vaksin polio yang terbukti menyelamat nyawa kanak dan mencegah mereka daripada terencat akal dan fizikal dan membawa kebaikan dan maslahah kepada kesihatan kanak sedunia.
Ia merupakan perkara khilafiah yang terbuka kepada pandangan yang berbeda. Dan kita yakin ia tidak bertentangan dengan nas yang qatie’ didalam Al-Quran dan Hadith Nabi (SAW)
Pengunaan enzim Trypsin juga telah saya kaji didalam pembuatan vaksin Rotavirus. Tanpa kecuali semua Majlis Fatwa sedunia membenarkan kaedah ini melainkan segelinitr Majlis Fatwa diAsia Tenggara, [5]
Saya ingin mengkahiri penulisan ini dengan peringatan berikut:
The Federation of Islamic Medical Associations (FIMA) has endeavoured to mainstream evidence based medicine (EBM) of the highest quality and which should henceforth dictate our best clinical practices. And importantly, it is sanctioned as Shari’ah compliant by the highest authorities of jurisprudential scholarship among Muslim scholars world-wide.
This excellent collaboration of the best brains in medicine and jurisprudence has lightened the burden upon the Muslim Ummah (community). It has not only truly embraced the jurisprudence of facilitation (Fiqh Taysir) but also the jurisprudence of realities & priorities (Fiqh Waqi’ah) and the jurisprudence of balance (Fiqh Wasatiyah).
We urge the religious authorities to take cognisance of the invaluable heritage of medical fatwas that is before us and not attempt to reinvent the wheel. They should instead incorporate these shari’ah compliant best clinical practise into the corpus of our nation’s jurisprudence in medicine.
1. https://www.cnnindonesia.com/nasional/20210319114944-20-619537/mui-astrazeneca-tetap-boleh-digunakan-karena-darurat
2. https://www.outbreak.my/world
3. https://core.ac.uk/download/pdf/228816994.pdf
4. https://www.infosihat.gov.my/images/media_sihat/slaid/pdf/02_pelalian_pelindungan_ummah.pdf
5. http://mpf.org.my/wp/?p=1535