Dr Musa Mohd Nordin
Pengerusi, Badan Penasihat, Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)
Dr Muhammad Patel, London
Kami telah mendengar dan meneliti video itu dan akan membuat komentar yang sewajarnya
1. Pada minit ~1:13 dia berkata: pada sesawang CDC ada “Health Impact Events (HIE)” (peristiwa yand impak kesihatan) sebanyak 3150 (2.7%) daripada 112,807 suntikan vaksin COVID. Dia kemudian berkata bahawa HIE ini mengakibatkan “tidak boleh buat aktiviti harian/tak boleh kerja/perlukan rawatan doktor atau profesioanl kesihatan”
2. Dokumen itu tidak menyenaraikan terperinci mengenai HIE. Tidak katakan berapa lama, apakah kronik, atau berkekalan, apa rawatan yg diberi doktor. Selalunya ia adalah AEFI (Adverse Effects Following Immunisation) iaitu kesan sampingan selepas imunisasi, seperti sakit tangan/pening kepala/kelemahan/demam tinggi yg memerlukan rawatan doktor dan MC 1-2 hari. Kebanykannya baik dalam 1 hingga 2 hari.
3. Tetapi saudara kita ini menokok tambah bahawa ia nya “IRREVERSIBLE’ – sakit yg tidak boleh diubati. Ini suatu PEMBOHONGAN. Dia tak lampirkan maupun berikan link dokumen ACIP itu. Kami akan lampirkan sebagai bukti. Ini adalah budaya ilmu yang sahih.
https://www.cdc.gov/vaccines/acip/meetings/downloads/slides-2020-12/slides-12-19/05-COVID-CLARK.pdf
4. Ini seperti video jururawat yg disuntik dan rebah disebabkan “vasovagal response” (dia selalu pengsan bila kena suntikan). Tapi kaum anti-vaksin kata dia MATI. Pihak You-tube telah mengeluarkan video itu dari siaran sebab ia BERITA PALSU.
5. Saudara! Kalau ia suatu keadaan yang tidak boleh diubati (IRREVERSIBLE) atau kronik, FDA tidak akan meneruskan dengan program vaksin ini tanpa siasatan lanjut. Tetapi program vaksin Pfizer diteruskan tanpa apa2 halangan. Jelas saudara kita tiada ilmu yang asas dalam sains dan kajian dan begitu juga golongan yg percaya dengan dai’yah dia.
6. Nabi (SAW) bersabda: “Sesiapa yang mengamal perubatan tanpa mempelajarinya akan dipertanggungjawabkan jika berlaku mudarat” (Abu Dawud dan al-Nasai).
7. Ini suatu amaran yg keras kpd mereka yg lulus sebagai doktor selepas 1 jam baca Google atau selepas dengar video saudara ni dan menghukum tanpa ilmu perubatan dan fakta yang nyata. Saya belajar ilmu perubatan selama 43 tahun dah masih lagi mengkajinya.
8. Kita mesti berlandaskan fakta yang basirah bukan yang palsu seperti firman Allah dalam surah Yusuf:108: ““Katakanlah: Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata. Maha suci Allah dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik.”
9. Dia mengumpat pada minit 2:10 tentang Persatuan Perubatan Islam Britain (BIMA): “They are colourful, bootlicking sellouts” – BIMA adalah orang yang menggadai agama mereka dan penjilat kasut.
10. Ini bukan akhlak seorang Muslim yang sejati. Terutama terhadap segolongan doktor yang berwibawa dan yang telah merujuk kepada ahli dan pengkaji perubatan dan fuqaha untuk merumuskan pendekatan yang paling baik untuk masyarakat Islam diUK.
11. Saya kenal kebanyakan ahli BIMA secara peribadi. Kesugguhan dan kelimuan mereka terserlah dalam bab kesihatan dan juga agama namun mereka mempunyai sikap yang terbuka kepada pendapat yang berlainan.
12. Rumusan mereka terdapadat disini:
https://britishima.org/pfizer-biontech-covid19-vaccine/
13. Pada minit 2:30 dia menyebut pendapat seorang doktor yang tidak dinamakan. Ini bukan budaya diskusi ilmu yang waras. Pendapat doctor misteri itu tidak boleh dilayan sama sekali.
14. Dia menuduh doktor2 GP nak buat duit dengan memberi vaksin. Bahasanya amat kesat, dia panggil mereka buah kelapa. Peribadi apa saudara kita ini? Dan mereka yang forward mesejnya juga harus beretika dan menegur syaksiah yang hodoh ini. Sedihnya, masih ada yang tidak boleh bezakan diantara yang baik dan buruk.
15. Ramai GP diUK bertungkus lumus untuk mencapai sasaran negara untuk memberi vaksin kpd golongan beri-risiko tinggi. Mereka bekerja siang dan malam, waktu cuti dan hujung minggu dan wang ringgit yang diberi tak lah berbaloi sangat. Malahan mereka bersabung nyawa dengan kematian. Kadar kematian COVID dikalangan profesional kesihatan (540 orang) diUK paling tinggi didunia selepas Rusia. Saudara anti-vaksin yg asyik forward untuk mengerohkan keadaan, insaf-lah, beristigfar-lah1 Dah 80 juta kes COVID, yang telah meragut 1.7 juta nyawa dan lebih 2,000 profesional perubatan telah meninggal dunia menjaga kita sebagai barisan hadapan.
https://www.dailymail.co.uk/news/article-8515905/UK-Covid-19-healthcare-worker-deaths-highest-Amnesty-International.html
16. Pada minit 4:00 dia tukar cerita kepada CEO Pfizer yang menjual sahamnya melalui kaedah insider trading takut syarikatnya akan punah. Entah apa kena mengena dengan sains vaksin tetapi ia juga suatu kesilapan fakta atau pembohongan belaka.
15. Paling kurang pun buat lah homework sikit. Saya dah fact check pembohongan saudara kita ini. Lihat link ini:
https://www.ibtimes.sg/fact-check-pfizer-ceo-bourlas-stock-selloff-after-vaccine-announcement-act-insider-trading-53284
16. Pada minit 4:35 dia nasihat supaya kita jangan bergaduh sesame orang Islam. Walhal dia sendiri yang meemulakn persengketaan dan memanggil saudara se Islam di BIMA panggilan yang tidak berperikemanusiaan.
17. Pada minit 5:20 dia berkata bahawa kematian pada tahun ini 20,000 lebih rendah drp tahun lalu. Jelas dia ini tidak mempunyai ilmu yang sewajarnya atau memang sengaja suka berbohong. Fakta menunjukkan bahawa kematian pada tahun 2020 melebihi 71,000 daripada tahun 2019 dan mungkin melebihi 80,000 pada hujung 2020.
https://www.kingsfund.org.uk/press/press-releases/excess-deaths-ons-data-kings-fund-response
18. Saudara kita ini sepatunya memberi tahu namanya dan bidang keahlian nya jika dia ingin diambil dengan serious oleh kami, BIMA atau kerajaan UK.
19. Mungkin dia ikhlas tetapi keiklasan tidak bermakna dia betul seperti keadaan nya kaum khawarij.
Rasulullah (SAW) bersabda: “Akan muncul diantara umatku, kaum yang membaca Al-Quran, yang mana bacaan kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan bacaan mereka, dan solat kamu tidak ada nilainya dibandingkan dengan solat mereka, dan puasa kamu tidak ada ertinya dibandingkan dengan puasa mereka, mereka membaca Al-Quran sehingga kamu akan menyangka bahawasanya Al-Quran itu milik mereka sahaja, padahal sebenarnya Al-Quran itu akan melaknat mereka. Tidaklah solat mereka melalui kerongkongan mereka, mereka itu akan memecah agama Islam sebagaimana keluarnya anak panah daripada busurnya ” (Sahih Muslim/ 2467, Sunan Abu Daud/4748 )
20. Semuga Allah menqampuni kesilapan kami dan menjadikan kami diantara hambanya yang memelihara budaya ilmu dengan adil, beradab dan bijaksana.